Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Pasukan keselamatan tahan penceroboh di Lahad Datu
(1 viewing) (1) Guest

TOPIC: Pasukan keselamatan tahan penceroboh di Lahad Datu

Pasukan keselamatan tahan penceroboh di Lahad Datu 3 months ago #32807

  • ggk
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 2173
  • Karma: 3
10:02PM Feb 13 2013
Pasukan keselamatan menahan sekumpulan warga asing menyamar sebagai anggota tentera cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu, Sabah semalam.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan pasukan polis mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.

"Kita tidak mahu sebarang unsur pendedahan mengenai pertahanan negara berlaku di mana-mana kawasan di negara ini termasuk di Lahad Datu," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan memorandum sokongan kepada Barisan Nasional (BN) daripda 28 badan bukan kerajaan di kawasan Bagan Serai hari ini.

Katanya, langkah itu juga bagi memastikan tindakan segera diambil bagi menentukan pertahanan dan keselamatan negara berada pada tahap maksimum.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut dan meminta kerjasama daripada pihak kerajaan negara berkenaan bagi menyelesaikan perkara itu.

Ahmad Zahid mengarahkan Panglima ATM Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dengan lebih lanjut.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

Beliau berkata adalah terlalu awal untuk mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Saya belum terima apa-apa maklumat...ia di bawah siasatan polis Sabah. Jika warga asing itu telah ditahan pasukan tentera maka kesemua mereka akan diserahkan kepada pihak polis untuk disoal siasat," katanya ketika dihubungi
Bernama.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan tersebut menceroboh masuk disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.

"Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang," kata Ismail dalam kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan pada pukul 8.30 malam ini.

Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

Bagaimanapun setakat 10 malam ini, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.

Pihak berkuasa juga tidak dapat memastikan sama ada kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan penahanan tiga lelaki termasuk bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat di sini, minggu lepas dan kematian seorang rakyat Malaysia Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, yang ditembak oleh pasukan keselamatan Filipina di Davao, selatan Filipina, 14 Disember lepas.

Sementara itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan hanya berkata "tunggu kenyataan daripada Ketua Polis Negara".

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut dan kemungkinan satu sidang media akan diadakan esok berhubung perkara itu.

Pada November lepas, seorang pengurus ladang kelapa sawit dan penolongnya dilaporkan diculik sekumpulan lima lelaki bersenjata dari sebuah ladang di kawasan pedalaman di bahagian pantai timur Sabah.

Selain insiden itu, pada September 1985, sebuah bank dan pejabat Malaysia Airlines (MAS) di Lahad Datu pernah dirompak oleh 26 lelaki dan seorang wanita, yang bersenjatakan M-16, pelancar grenade dengan kumpulan itu berpakaian ala tentera.

Dalam rompakan itu 11 orang awam terbunuh manakala seorang pengawal dan tiga orang awam cedera.

- Bernama
The topic has been locked.

Re: Pasukan keselamatan tahan penceroboh di Lahad Datu 3 months ago #32808

  • crystalangel
  • OFFLINE
  • PRIVATE FIRST CLASS
  • Posts: 447
  • Karma: 0
jgn bg muka mereka memijak2 kedaulatan negara kita...apapun konflik yg berlaku di negara mereka jgn libatkan malaysia...bumi malaysia jijik dengan lanun yang tak tau menghormati kedaulatan undang2 jiran tetangga...

"Selain insiden itu, pada September 1985, sebuah bank dan pejabat Malaysia Airlines (MAS) di Lahad Datu pernah dirompak oleh 26 lelaki dan seorang wanita, yang bersenjatakan M-16, pelancar grenade dengan kumpulan itu berpakaian ala tentera.

Dalam rompakan itu 11 orang awam terbunuh manakala seorang pengawal dan tiga orang awam cedera"
ada masuk suratkhabar ke berita ni..maybe aku lupa or terlepas pandang
The topic has been locked.

Re: Pasukan keselamatan tahan penceroboh di Lahad Datu 3 months ago #32810

  • papadom
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • Posts: 33
  • Karma: 0
erk...mula2 dengar macam khabar angin plak. rupa2 nya betul ekk...
The topic has been locked.

Re: Pasukan keselamatan tahan penceroboh di Lahad Datu 3 months ago #32811

dah betul papadom..cuma media coverage tu x seberapa sangat..harap ATM dan PDRM selesaikan hal ni dan cuba elakkan macam kes al maunah dulu.....



Layari dan Follow kalau Free ye syarkghost.blogspot.com/
The topic has been locked.

Re: Pasukan keselamatan tahan penceroboh di Lahad Datu 3 months ago #32812

  • Akmal3110
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 1915
  • Karma: 1
Skang dah jadi situasi tebusan. Penduduk kampung kena tahan dalam masjid.
The topic has been locked.

Re: Pasukan keselamatan tahan penceroboh di Lahad Datu 3 months ago #32813

  • paskau_x
  • OFFLINE
  • Civilian
  • Posts: 447
  • Karma: 1
Assalamualaikum, maklumat dr Ops room KK:
1. Staf telah menerima maklumat daripada ACP Manaf (Polis Marin Sabah) memaklumkan mengenai status terkini penglihatan kejadian. Pada jam lebih kurang 0800 hari ini, IPD Lahad Datu telah menerima maklumat seramai 32 orang (6 orang berpakaian jubah dan selebihnya memakai baju celoreng dan seluar biasa) telah berkumpul di rumah Ahmad Malandi @ Mat Bom di Kampung Tanduo. Kumpulan ini dipercayai daripada ahli Kesultanan Sulu dari Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkot, Filipina di ketuai oleh Hj Musa @ Hj Kuning @ Dato’ Puin. Kumpulan ini juga dilaporkan membawa senjata M16.
2. Kumpulan ini dilaporkan bertujuan untuk melawat Ahmad Malandi @ Mat Bom yang kini berada di wad ICU Hospital Lahad Datu (sakit tidak diketahui). Kejadian ini juga berlanjutan daripada insiden pertemputan MNLF dan KAS yang dilaporkan sebelum ini. Kumpulan ini dilaporkan juga dilaporkan cuba membuat huru-hara dan memalukan kerajaan Malaysia sebelum pilihanraya yang akan datang.
3. Berlanjutan daripada insiden tersebut, Polis Marin telah memulakan Op DAYAK bagi mencegah kemasukan kumpulan ini. 3 buah bot telah ditugaskan untuk mengawas perairan negara dari Pulau Tambisan ke Tanjung Labian. Pasukan VAT 69 juga akan tiba pada malam ini untuk membantu operasi. Bagi aset TLDM KD TODAK telah berada di Tanjung Labian dan sedang melaksanakan rondaan bersama KM BANGI. KD PERAK dalam pelayaran ke Tanjung Labian dan dijangka tiba pada 1900. Tim ZULU dan ZEBRA dalam perjalanan ke Lahad Datu sebelum ditugaskan menaiki CB 90 ke Tanjung Labian.
4. Maklumat daripada anggota perisikan PASKAL, pada 1500 hari ini telah terserempak dengan 10 orang berpakaian celoreng di Tanjung Labian. Butiran lanjut belum dapat dipastikan lagi. Dijangkakan seramai 100 dari kumpulan ini akan bergerak ke kawasan Felda Sahabat dari Pulau Bangao, Filipina (35 bbn Timur Tanjung Labian).
5. Kapal-kapal dipelabuhan telah dimaklumkan untuk meningkatkan 4HNFS.
Maklumat terkini dr PWL2, kapalx tingkatkan immediate notice for sea.



Bagaimanapun keadaan di sana ketika ini terkawal dan pihak keselamatan negara yang terdiri pasukan tentera dan polis, termasuk dari unit komando sedang memantau situasi tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Last Edit: 3 months ago by paskau_x.
The topic has been locked.

Re: Pasukan keselamatan tahan penceroboh di Lahad Datu 3 months ago #32814

  • ggk
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 2173
  • Karma: 3
PAPAR: Malaysian police are in the midst of negotiating with the group of armed Filipino men holed up in Lahad Datu to get them to leave peacefully to prevent any bloodshed.

"The government is choosing to handle the issue through negotiation and to get the group to leave peacefully to prevent bloodshed," said Datuk Seri Najib Tun Razak.

"We have surrounded the area and our police and armed forces have the ability to handle the matter, said Najib who said he had been briefed by the Inspector General of Police Tan Sri Ismail Omar and Sabah Police chief Datuk Hamza Taib on the matter.

Meanwhile, a tight security ring has been thrown around the heavily armed Filipino group at Tandurou at Felda Sahabat in Tungku as negotiators ask them to surrender.

As the Malaysian security comprising of the army, navy, maritime and police give the group no escape route, the group is believed to be holding civilians as human shields.

Conflicting reports emerged about the situation on the ground with some intelligence officials claiming that “an explosive situation” has been brought under control and appear to have been resolved.

However, no official confirmation has come from any of the top security agencies involved in the joint operations against the Filipinos gunmen who landed in the Tambisan area in the east coast of Sabah over the past several days.

Roadblocks round the Tambisan area has kept journalists out the area but sources said emissaries were sent to meet the key leaders last night asking them to give up peacefully.

Although, there no clear indication as to which of the armed groups from the southern Philippines had entered the area, villagers and Felda settlers said that some of them had approached them asking for food and water.

"They were holding guns and we do not know why they were here," said a villager who refused to be identified.
The topic has been locked.

Re: Pasukan keselamatan tahan penceroboh di Lahad Datu 3 months ago #32815



Paskal dengan HK 416 dan M4A1..terbaik



Layari dan Follow kalau Free ye syarkghost.blogspot.com/
The topic has been locked.

Re: Pasukan keselamatan tahan penceroboh di Lahad Datu 3 months ago #32816

  • paskau_x
  • OFFLINE
  • Civilian
  • Posts: 447
  • Karma: 1
Syark The Ghost wrote:


Paskal dengan HK 416 dan M4A1..terbaik


kasut lg...simple jerr..kalo SOF US td penuh satu badan..siap helmet vest bagai...
The topic has been locked.

Re: Pasukan keselamatan tahan penceroboh di Lahad Datu 3 months ago #32817

x ada knee pad hahaha..mmg biasa sggh paskal kita ni..berbeza dari US Navy Seal ..simple gilaa..pistol seketul, rifle seketul dan mst sebijik 2 bijik grenad



Layari dan Follow kalau Free ye syarkghost.blogspot.com/
The topic has been locked.

Re: Pasukan keselamatan tahan penceroboh di Lahad Datu 3 months ago #32818

  • ggk
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 2173
  • Karma: 3
Kita ada koresponden di sana .. nama di rahsiakan buat masa ni. Laporan pun di rahsiakan buat masa ni bagi membantu pihak berkuasa
The topic has been locked.

Re: Pasukan keselamatan tahan penceroboh di Lahad Datu 3 months ago #32819

  • nasiru
  • OFFLINE
  • PRIVATE 2
  • Posts: 270
  • Karma: 0
Stay safe warga PP yang kat sabah/sarawak. Ada update terbaru tak?
The topic has been locked.

Re: Pasukan keselamatan tahan penceroboh di Lahad Datu 3 months ago #32820

  • crystalangel
  • OFFLINE
  • PRIVATE FIRST CLASS
  • Posts: 447
  • Karma: 0
ramai yang nak tau kisah terkini tapi nampak gaya mcm lahad datu telah di seal tak de sape ble masuk n cammunication failure
The topic has been locked.

Re: Pasukan keselamatan tahan penceroboh di Lahad Datu 3 months ago #32823

  • hmm3x
  • OFFLINE
  • PRIVATE
  • Posts: 15
  • Karma: -1
masih menunggu status terkini situasi di lahat datu
The topic has been locked.

Re: Pasukan keselamatan tahan penceroboh di Lahad Datu 3 months ago #32825

  • ggk
  • OFFLINE
  • SERGEANT
  • Posts: 2173
  • Karma: 3
POLIS KENAL PASTI KUMPULAN FILIPINA MENDARAT DI PERSISIR PANTAI LAHAD DATU

Kota Kinabalu, 14 Feb - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

"Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara
baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini.

Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi. Beliau berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu.

"Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata pihaknya mengganggarkan kumpulan itu melebihi 100 orang dan tidak menolak kemungkinan mereka bersenjata, namun demikian polis mengambil pendekatan 'berhati-hati' bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
"Setakat ini keadaan tidak tegang dan mereka kelihatan berkelakuan baik. Kita percaya kumpulan itu mempunyai sahabat di kampung itu tetapi tidak mempunyai rumah di situ. Mereka pergi duduk di surau dan menumpang rumah-rumah
di kampung," katanya sambil menambah kumpulan itu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan di Filipina.

Pada peringkat ini, katanya, rundingan sedang berjalan dan beliau menasihati penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin. Beliau turut memberi jaminan bahawa keadaan adalah baik serta selamat dan
polis Sabah akan melakukan yang terbaik untuk menangani kemelut itu segera. Katanya kumpulan itu difahamkan menggunakan bot pancung dan pihaknya akan menyiasat bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini. - BERNAMA
The topic has been locked.
Moderators: mr. kurien
Time to create page: 0.71 seconds

Penyataan Penafian/Disclaimer

Moderator Panggilan Pertiwi tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia. Pihak Moderator juga tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana pendapat yang dikeluarkan oleh mana-mana individu atau ahli forum yang secara terang melanggar undang-undang negara, samada berbentuk pembohongan, fitnah mahupun hasutan. Kajian dari pembaca serta forumer terhadap sesuatu isu terlebih dahulu adalah amat digalakkan.