Wednesday, 08 January 2014 10:35

Kes Lahad Datu Part 1

KOTA KINABALU 6 Jan. - Perbicaraan kes 30 individu yang berdepan pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong serta terlibat dalam aktiviti keganasan, bermula di Penjara Sabah.

Bekas Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerak Khas) Bukit Aman, Datuk Abdul Rashid Harun memberitahu mahkamah bagaimana beliau menyamar sebagai anggota polis berpangkat rendah bagi mendekati lokasi pengganas. Beliau menyamar sebagai seorang berpangkat Sarjan Major membawa bekalan makanan dan menemani anggota Cawangan Khas dari intelligence gathering wing dan dua lagi anggota polis dalam rundingan. Beliau membuat penilaian topografi, kekuatan musuh dan persenjataan serta maklumat-maklumat lain yang boleh membantu menumpaskan pengganas Sulu tersebut.

Perbicaraan terpaksa di adakan di Penjara di sebabkan isu keselamatan di mana terlalu ramai dibicarakan dalam satu masa. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan perbicaraan pertama di bawah SOSMA yang menggantikan ISA. Hukuman melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong ialah hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Pada kali pertama pasukan perunding tiba, Cawangan Khas merekodkan 79 lelaki dan wanita berpakaian celoreng. Sebahagian mereka bersenjatakan M16 dan pistol. Kesemua pengganas memiliki parang.

Pada kali kedua pasukan perunding masuk, tambahan 63 orang direkodkan dan kali ini pelancar grenade dapat di lihat.

Perbicaraan dijalankan di depan Hakim Stephen Chung dibantu pasukan pendakwaan tujuh anggota diketuai Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. 10 peguam mewakili tertuduh termasuk pasukan pembelaan yang di ketuai oleh Datuk N. Sivanantha.

Perbicaraan bersambung esok.

PP akan cuba sedaya upaya mengikuti perkembangan perbicaraan ini.

 

EDITOR

Published in Berita

Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah keadaan tapak kubu pertahanan musuh di kampung Tanduo. Di sini PPPM akan share berberapa gambar menunjukkan kawah-kawah yang terhasil dari pengeboman pesawat Hornet dan Hawk TUDM.

GBU 16 MK 83 1000 pound bomb akan membentuk kawah sebesar 20-30 kaki bergantung kepada jenis tanah dan fius)

1000 pound bomb to exert around 7-8 psi pada jarak 100 kaki dari pusat letupan yang mampu memusnahkan bangunan sederhana and 3 psi out to around 150 kaki dari pusat letupan.. ini juga cukup untuk meruntuhkan bangunan keci. serpihan bom boleh membunuh pada jarak setengah batu.

Lethal blast range - 28 meters 

Blast shrapnel range - 600 feet

Fragmentation range - 3,000 feet

Effective casualty radius - abput 200 meters ( wounded)

 

 

Bagai mana pula dengan musuh? Dengan velocity shock wave sahaja pada kelajuan Mach 28, pengganas kiram yang maut akibat serangan udara itu mati dengan kecederaan yang amat teruk. 

Ini ialah AMARAN yang paling keras sekali kepada pengganas Kiram dan MNLF. Sarang Harimau jangan di jolok.

 

Published in Berita

GALERI GAMBAR OP DAULAT: DI SEBALIK ASAP DAN PELURU. Gambar HIGH QUALITY OP Daulat Lahad Datu. Seramai 429 individu telah ditangkap dan daripada jumlah itu 116 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan 42 daripadanya telah dibebaskan. 42 mayat musuh telah dibawa keluar dari kawasan pertempuran termasuk dua mayat kanak-kanak yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, manakala 29 mayat telah dikebumikan

Setakat ini, 65 pengganas ditembak mati dan 10 anggota pasukan keselamatan terkorban manakala operasi membersihkan kawasan-kawasan terbabit daripada anasir pengganas, di peringkat akhir.

Published in Berita

 

PANGGILAN PERTIWI exclusive
OPS DAULAT
TUDM HAWK KILL MARKING : Pilot callsign CROCO HAWk 208 M40-30
3 kali sortie 1st mk 82 dan 2nd n 3rd ngan crv7. Gambar credit kepada ARAMOS dan BANGER.

 

Pada permulaan OPS DAULAT Lahad Datu lima Hawk 208 bersama-sama dengan tiga FA-18 Hornets bekerjasama dalam serangan udara keatas kedudukan pengganas pada 5 Mac 2013 di susuli dengans erangan bersepadu dari ATM dan PDRM.

 

Hawk 200 mempunyai sebelas  external store points dengan empat  underwing pylon, satu under-fuselage pylon, dan wingtip air-to-air missile stations. Pesawat ini mampu membawa pelbagai alatan dan munition termasuk peluru berpandu udara-ke-udara, gunpod, pelancar roket, peninjauan pod, retarded dan free-fall bombs sehingga 540 kg, runway cratering, anti-personnel dan light Armor bombs, cluster bombs, practice bomb dan rocket carriers dan external fuel tanks.

rakaman sebenar pengeboman ke atas kedudukan pengganas kiram. Screen capture dari video yang di rakam dari kapal TLDM.

 

 

The CRV7, short for "Canadian Rocket Vehicle 7", is a 2.75 inch (70 mm) folding-fin ground attack rocket produced by Bristol Aerospace in Winnipeg, Manitoba. It was introduced in the early 1970s as an upgraded version of the standard U.S. 2.75 inch air-to-ground rockets. It was the most powerful weapon of its class, the first with enough energy to penetrate standard Warsaw Pact aircraft hangars. The CRV7 remains the most powerful rocket to this day, and has slowly become the de facto standard for Western-aligned forces, at least outside the United States.

 

PPPM

Published in Berita

 

Lahad datu AAR part 1 oleh Pertubuhan Panggilan Pertiwi Malaysia

disclaimer: Ini ialah pendapat PPPM yang berpandukan maklumat-maklumat dari media dan suara rasmi ATM/PDRM.

 

Secara asasnya apa yang terjadi di Lahad Datu ialah apabila ada usaha sekumpulan pengganas menyusup ke Lahad Datu untuk menentang, atau menggulingkan kerajaan sedia ada dan cuba menggantikan dengan kerajaan pilihan mereka sendiri. 


Di dalam kes ini Kesultanan Kiram III cuba membuat tuntutan tak munasabah ke atas Sabah dan menghantar sekumpulan anggota bersenjata ke Sabah untuk mengambil nya secara paksa. Walaupun kita sedia maklum bahawa Sultan Kiram III tidak mempunyai Locus Standi dalam tuntutan ini malah kedudukan beliau sebagai sultan juga amat diragui.

 



PPPM tidak cuba mencari salah individu atau membuat tuduhan keatas mana-mana organisasi politik. Namun PPPM terpanggil untuk menunjukkan tiga perkara yang menjadi titik kelemahan yang telah di eksploitasi pengganas.

  1. Penduduk terdedah dengan pengaruh anasir jahat atas sebab rasa tidak puas hati atas apa-apa sebab - sosial, politik, atau ekonomi kepada kerajaan. Penduduk ini biasanya terbuka kepada perubahan. Pengganas Kiram cuba menawarkan harapan untuk perubahan dan mengeksploitasi rasa tidak puas hati dengan kerajaan sedia ada. Ini di burukkan pula dengan taktik-taktik politik yang tidak sihat.
  2. Pemimpin tempatan yang menghasut kerana mempunyai pertalian dengan pengganas atau pemimpin tempatan yang merasakan kerajaan Malaysia ialah mutual enemy dengan pengganas dan berharap dapat mengeksploirasi kekacauan itu untuk memburukkan kerajaan pemerintah dan menggunakan pengganas sebagai proksi. Seorang penduduk terdedah dengan hasutan ini sahaja tidak akan mampu menyokong gerakan pengganas. Mesti ada elemen kepimpinan musuh yang mampu menyalurkan rasa tidak puashati keatas kerajaan dan menyerapkan mereka kedalam strategi pemberontak
  3. Kekurangan kawalan kerajaan ke atas penduduk. Kurang kawalan atau Lack of government control boleh di gunakan oleh pengganas tanpa mengira jika ianya palsu atau benar. Persepsi bahawa kerajaan gagal memerintah boleh digunakan untuk menyemarakkan api pemberontakkan. Lebih kuat kawalan kerajaan ke atas penduduk lebih sedikit peluang pengganas untuk berjaya. Dalam kes Lahad Datu pihak pengganas memandang rendah sokongan penduduk Sulu tempatan dan juga kaum-kaum lain keatas kerajaan. 


PPPM juga berpendapat secara keseluruhannya Pengganas Kiram Gagal melaksanakan operasi keganasan mereka di Sabah. 
Mereka gagal menepati objektif mereka dan akhirnya musnah kerana kekuatan Angkatan Tentera Malaysia dan PDRM yang dengan effisien melaksanakan operasi gempur dengan teliti dan berhati-hati.



Antara kelemahan-kelemahan pihak pengganas.

1. Tiada Sokongan popular. Sokongan boleh menjadi pasif atau aktif. Bukan sahaja majoriti penduduk Sabah tidak menyokong mereka malah sebahagian penduduk berbangsa Sulu juga tidak menyokong mereka. Barisan sokongan bawah tanah yang ada terlalu kecil atau tidak dapat berfungsi dengan effisien kerana operasi tentera dan juga kerana penduduk tempatan yang bekerjasama sepenuhnya dengan pasukan keselamatan. 

2. Penentang aktif dari kalangan Sulu tempatan terlalu sedikit untuk memberi impact. Pengganas gagal menyakinkan majoriti bangsa Sulu yang tinggal di Sabah untuk mengangkat senjata menentang pasukan keselamatan secara aktif.

3. Ketiadaan Kepimpinan yang efektif. Majoriti komander-komander pangganas terbunuh atau melarikan diri pada awal krisis. Kehilangan pucuk pimpinan menyebabkan unit-unit pengganas tidak dapat bertindak secara kohesif.

4. Ketiadaan disiplin. Segala apa bentuk pengetahuan perperangan gerila yang mereka miliki hilang begitu sahaja sebaik kehilanganan Key leadership dalam organisasi mereka. Disiplin dan kerahsiaan pergerakkan tidak dapat di kekalkan dan unit-unit dan sel-sel kehilangan arah. Hanya unit-unit dari pengganas yang paling tegar sahaja sanggup meneruskan objektif mereka secara membuta tuli.

5. Perisikan yang sangat lemah atau di lemahkan oleh counter intelligence ATM/PDRM. Disebabkan jumlah anggota pengganas yang kurang dari 300 orang berbanding pasukan keselamatan Malaysia, Sepatutnya segala bentuk operasi pengganas harus di lindungi oleh barisan perisikan mereka sendiri. Namun mereka bukan sahaja gagal melindungi pasukan mereka dengan menyalurkan maklumat-maklumat mengenai pasukan keselamatan malaysia malah sel-sel subversif mereka mudah di kesan dan majoriti jaringan sel-sel perisikan pengganas di tangkap.

6. Propaganda yang gagal. Pengganas Kiram menggunakan propaganda untuk mendapat sokongan popular dan memperhebatkan rasa tidak puas hati rakyat dengan kerajaan. Namun sistem propaganda mereka kehilangan kredibiliti disebabkan penggunaan gambar-gambar recycle dari konflik patani. Media blackout di Lahad Datu juga melemahkan propaganda mereka kerana kurangnya sumber maklumat mengenai operasi tentera yang boleh mereka eksploitasi untuk kegunaan propaganda.
Ini di tambah pula counter propaganda oleh media-media siber yang bertali arus. Cubaan pihak-pihak tertentu untuk memburukkan kerajaan dengan merendah-rendahkan anggota keselamatan juga telah backfire keatas batang hidung mereka sendiri.

7. Putus Sokongan dari luar. Sokongan ini mungkin fizikal atau psikologi. Contoh fizikal luaran ialah bantuan peralatan, senjata, bekalan, peluru, santuari, kakitangan, dan unit-unit tempur dari MNLF. Bantuan-bantuan ini gagal tiba dan anggota-anggota MNLF gagal melepasi kepungan laut oleh TLDM, Polis Marin dan MARITIM. 
Contoh sokongan luaran psikologi pula ialah sokongan termasuk sokongan politik yang diberikan kepada pengganas namun ini juga gagal di capai oleh pengganas Kiram apabila Filipina dan Indonesia enggan mengiktiraf gerakan itu dalam arena dunia dan tiada tekanan politik atau ekonomi untuk mempengaruhi pendapat dunia dikenakan kepada kerajaan Malaysia.

bersambung..... part 2

Published in Berita
Friday, 22 March 2013 09:41

Laporan terkini OPS DAULAT 21 March 2013

STATUS OPS DAULAT 21 March 2013


Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 30 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati adalah seramai 63 orang.
Jumlah pegawai/anggota pasukan keselamatan yang meninggal dalam pertempuran seramai 9 orang manakala jumlah cedera juga seramai 9 orang.

 



Pada 20 Mac 2013, seramai 8 orang pengganas telah di tuduh di bawah Akta Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMA) di Mahkamah Majistret Sementera Lahad Datu dan pada 21 Mac 2013, lapan orang pengganas ini telah dituduh di Mahkamah Tinggi Tawau.

Operasi pembersihan/penggeledahan di kawasan Kampung Tanjung Batu masih diteruskan. Semasa proses pembersihan/penggeledahan sedang dilakukan kelmarin, kira-kira jam 11.30 pagi telah berlaku tembak menembak menyebabkan seorang lagi pengganas mati ditembak dan seorang pengganas wanita berjaya di tangkap. Dalam pertempuran ini, seorang pasukan keselamatan telah mengalami kecederaan.

 

 

Anggota tentera akan mendiami Kampung Tanduo sebagai jaminan bahawa kampung yang menjadi lokasi pendaratan penceroboh militan itu bebas daripada ancaman pengganas, kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memastikan penduduk yang mendiami 12 rumah di kampung itu kembali yakin dan bersedia untuk menjalani rutin harian mereka.

"Sebagai permulaan penempatan itu akan dilakukan dalam tempoh seminggu atau dua minggu dan tempoh itu sedia dipanjangkan bergantung kepada keadaan semasa.

"Ini bagi memastikan penduduk tidak berasa takut untuk menyambung semula rutin harian mereka selepas insiden pencerobohan itu," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Felda Sahabat di sini hari ini.

 

 

Tidak kurang penting dalam Operasi Daulat ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengawal perairan negara bagi memastikan tiada penceroboh yang masuk atau meloloskan diri. 

 

 

Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar berkata pasukan keselamatan turut menggunakan 12 kereta perisai berantai Adnan yang mampu bergerak di atas pelbagai bentuk muka bumi.

ACV300 itu dijangka memberi kelebihan kepada pasukan penggempur tentera kerana senjatanya dikawal oleh komputer dan sistem optik untuk penyelasaran tembakan lebih canggih dan stabil serta dilengkapi alat pandang malam.

 

 

 

 

 

Statistik terkini jumlah tangkapan yang disiasat di bawah Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMAadalah seramai 108 tangkapan manakala tangkapan kes-kes lain seramai 268 orang.

Sosma merupakan akta yang boleh digunakan untuk mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan oleh polis dan ia tidak menetapkan sebarang hukuman seperti Kanun Keseksaan.

Ia memberi kuasa kepada pegawai polis untuk menahan tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana orang berkenaan yang dipercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan.

Mereka boleh ditahan untuk tempoh 24 jam dan sekiranya memerlukan siasatan lanjut, pihak polis boleh melanjutkan tempoh tahanan sehingga 28 hari.

Menerusi akta ini juga, mereka yang ditahan tidak boleh dijamin apabila didakwa di mahkamah.

 

-= stark =-


 

 

Published in Berita
Tuesday, 19 March 2013 03:16

Penggunaan Kuasa Udara Dalam OPS Daulat

Boeing F/A-18D Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia

F/A-18D Hornet menggalas dua peranan penting dalam OPS Daulat iaitu sokongan udara jarak dekat (CAS) dan Interdiction. Namun sifat dan rupa bentuk krisis pencerobohan Lahad Datu menjadikan kedua - dua peranan ini agak sukar.

Dalam Konflik Lahad Datu perperangan berlangsung tanpa barisan hadapan sama ada dari pihak tentera mahupun pihak pengganas. Pihak Pengganas bijak untuk mengimbangi kelemahan dan batasan mereka, sengaja melawan dalam kumpulan saling berkait dalam unit-unit sel yang kecil dan tidak konvensional - jarang memilih untuk bertempur dengan kumpulan yang lebih besar daripada nombor mereka sendiri - dan langsung tidak linear dengan konsep perperangan konvensional.. mereka mahir dalam perperangan asimetrik.



Misi Interdiction menyekat laluan logistik juga bermasalah untuk di gunakan sebagai satu cara untuk mengurangkan kekuatan angkatan pengganas Suluk kerana mereka sengaja mengelak dari menggunakan cara dan taktik logistik konvensional. Sokongan Rapat biasanya dijalankan oleh pejuang-pengebom seperti Hornets atau pesawat pengebom ringan serangan darat seperti pesawat seperti Hawk 208, kedua-duanya digunakan untuk CAS. Pesawat-pesawat ini telah digunakan secara optimum untuk membinasakan kedudukan taktikal musuh di atas tanah.

Pada awal konflik seperti yang dilaporkan oleh media, pengganas bukan sahaja memilik kemahiran taktikal dan pengalaman tempur, malah dalam kes Kampung Tanduo mereka membina kubu-kubu pertahanan, membuat rondaan perimeter, meletakkan OP di lokasi-lokasi strategik dengan di sokong oleh penembak tepat dan MG nest. Begitu yakin dengan perjuangan mereka, pihak pengganas menggantung sepanduk, mengedar leaflet kepada penduduk kampung demi meyakinkan penduduk agar bersimpati dan menyertai mereka. Namun majority rakyat Lahad Datu enggan bekerjasama melainkan berberapa pengkhianat yang bersimpati dan berbangsa Sulu.

Pihak pengganas mengaturgerak pasukan mereka seperti pasukan tentera profesional. Maka penggunaan Hornet yang menjatuhkan 12 buah LGB Paveway II adalah amat tepat untuk soften kedudukan pertahanan mereka.

Pengganas membakar rumah orang kampung

Tiga buah F/A-18 D Hornet, dua GBU-16 Paveway II - Mk 83 kali pertama kali di jatuhkan keatas sasaran Suluk dengan ketepatan yang jitu membolehkan perimeter pertahanan musnah tanpa sebarang risiko ke atas unit sahabat yang bersedia untuk menyapu dan membersihkan Kawasan Zon Merah. Ini disusuli dengan hujanan mortar 81mm dan 105mm dari unit-unit artileri untuk pin down musuh dan menghuru-harakan barisan pertahanan mereka. Serangan permulaan ini berjaya dan berpuluh-puluh anggota pengganas terbunuh hasil kombinasi kuasa udara, artileri dan armor.

Saki baki pengganas kemudian meninggalkan kedudukan mereka, berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil dan cuba melakukan ambush bagi melindungi ketua mereka yang berundur ke Kampung Tanjung Batu. Pertempuran kecil berlaku di berberapa lokasi dan ramai pengganas terbunuh dan cedera. Sepanjang masa kumpulan pengganas ini sentiasa di tekan dan diburu tanpa belas kasihan. Serentak dengan ini juga sel-sel pengganas di luar Tanduo mula cuba melakukan hit and run namun kesemuanya gagal. 

Sebahagian pengganas yang kehabisan peluru pula menanam senjata masing-masing menukar pakaian dan mula berjalan kaki ke arah kampung-kampung dengan harapan dapat melepasi mopping up operation tentera dan polis. Usaha mereka juga gagal dan berpuluh-puluh mereka yang disyaki pengganas di tahan oleh pihak polis.

satu peluru satu musuh

Fasa seterusnya pihak musuh telah di kepung sekali lagi di dalam lingkungan kawasan yang lebih kecil. Maka sekali lagi gabungan kuasa udara dan armor di panggil bagi memusnahkan musuh sepenuhnya. 12 buah Adnan dan dua AW 109 LOH telah di angkut ke Lahad Datu bagi menajamkan kuasa serangan dan meningkatkan kemampuan mengesan musuh.

Kehadiran LOH dengan sistem penderia tercanggih akan menjadi salah satu mata dan telinga pasukan penggempur

ACV 300 Adnan mempunya kuasa tembakkan yang lebih baik di samping berkemampuan melakukan operasi pada waktu malam.

Radpanzer Condor yang telah 30 tahun berkhidmat. Terlibat dalam pertempuran awal dengan cemerlang menggempur kedudukan pengganas dengan di sokong oleh infantri.

Objektif utama OPS Daulat ialah memelihara kedaulatan negara, membunuh dan menangkap pengganas dan yang paling utama melindungi rakyat SABAH terutamanya di Lahad Datu.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Kiram telah mengarahkan saki baki pengikutnya melakukan perperangan gerila di sabah dan kemudian memohon bantuan dari Indonesia agar menyokong perjuangan mereka. Adakah Indonesia dan Filipina akan mendokong keamanan  Asean?

 

bersambung

 

Published in Berita

 

Ianya bermula dengan Serangan Sepanyol ke atas Kesultanan Sulu. Lalu pada 1879, Kesultanan Sulu memajakkan Borneo Utara kepada British tujuan pemajakkan ini ialah bagi British membantu Sulu dengan membekalkan senjata bagi memerangi penjajahan Sepanyol. 

 

Namun begitu Gustavus Baronde Overbeck of Hong Kong dan Alfred Dent Esquire of London mempunyai idea tersendiri. Seperti amalan biasa pihak penjajah keatas negeri2 melayu di seluruh nusantara. Kedaulatan kesultanan tergadai melalui perjanjian2 yang di tandatangani oleh mereka sendiri.

Berikut ialah salinan perjanjian antara Sri Paduka Maulana Al Sultan Mohamet Jamal Al Alam Bin Sri Paduka Al Marhom Al Sultan Mohamet Fathlon Sultan of Sulu , Gustavus Baronde Overbeck of Hong Kong dan Alfred Dent Esquire of London.

 

WE Sri Paduka Maulana Al Sultan Mohamet Jamal Al Alam Bin Sri Paduka Al Marhom Al Sultan Mohamet Fathlon Sultan of Sulu and the dependencies thereof on behalf of ourselves our heirs and successors and with the consent and advice of the Datoos in council assembled herebygrant and cede of our own free and sovereign will to Gustavus Baronde Overbeck of Hong Kong and Alfred Dent Esquire of London as representatives of a British Company co-jointly their heirs associates successors and assigns for ever and in perpetuity all the rights and powers belonging to us over all the territories and lands being tritutary to us on the mainland of the island of Borneo commencing from the Pandassan River on the north-west coast and extending along the whole east coast as far as the Sibuco River in the south and comprising amongst other the States of Paitan, Sugut, Bangaya, Labuk, Sandakan, Kina Batangan, Mumiang, and all the other territories and states to the southward thereof bordering on Darvel Bay and as far as the Sibuco river with all the islands within three marine leagues of the coast.

 In consideration of this grant the said Baron de Overbeck and Alfred Dent promise to pay as compensation to His Highness the Sultan Sri Paduka Maulana Al Sultan Mohamed Jamal Al Alam his heirs or successors the sum of five thousand dollars per annum.

The said territories are hereby declared vested in the said Baron de Overbeck and Alfred Dent Esquire co-jointly their heirs associates successors or assigns for as long as they choose or desire to hold them. Provided however that the rights and privileges conferred by this grant shall never be transferred to any other nation or company of foreign nationality without the sanction of Her Britannic Majesty’s Government first being obtained.

In case any dispute shall arise between His Highness the Sultan his heirs or successors and the said Gustavus Baron de Overbeck or his Company, it is hereby agreed that the matter shall be submitted to Her Britannic Majesty’s Consul-General for Borneo.

The said Gustavus Baron de Overbeck on behalf of himself and his Company further promises to as ist his Highness the Sultan his heirs or successors with his best counsel and advice whenever His Highness may stand in need of the same.

Written in Lipuk in Sulu at the Palace of His Highness Mohamet Jamal Alam on the 19th Moharam A.H. 1295, answering to the 22nd January, A.D. 1878.

 

Sila rujuk blog ini untuk penjelasan lebih teliti. 

http://www.loyarburok.com/2013/03/08/case-against-sulu/

Secara am nya Sultan Sulu berjanji grant and cede of our own free and sovereign willdan dalam ayat yang lain assigns for ever and in perpetuity all the rights and powers belonging to us over all the territories and lands being tritutary to us.

kemudian dalam ayat seterusnya “In consideration of this grant the said Baron de Overbeck and Alfred Dent promise to pay as compensation to His Highness the Sultan Sri Paduka Maulana Al Sultan Mohamed Jamal Al Alam his heirs or successors the sum of five thousand dollars per annum.” Secara Tidak pernah di sebut sebagai SEWAAN.

Dengan Jelas Sultan Sulu telah dengan rela hati menyerahkan keseluruhan kuasa dan kedaulatan nya ke atas tanah tersebut kepada North Borneo Company  “co-jointly their heirs associates successors or assigns for as long as they choose or desire to hold them.” atau dalam erti kata lain.. SELAMA LAMANYA.

 

Kemudian dalam perjanjian yang sama juga  Baron de Overbeck and Alfred Dent juga di beri hak untuk transfer pemilikan Borneo Utara kepada sesiapa sahaja yang mereka suka selagi Her Britannic Majesty’s Consul-General for Borneo membenarkan.

Menurut Asree Sug , Dengan keputusan Ketua Hakim CFC Makaskie mengenai pembayaran pajakan kepada Sultan Sulu pada 1939, maka bermulalah pemberian pajakan bernilai $5300 kepada 9 waris kesultanan Sulu sehingga hari ini.

Pemberian kepada 9 waris ini sebenarnya sebagai strategi Inggeris untuk melihat kesultanan Sulu tidak bersatu dan tidak mahu mengiktiraf seorang waris yang benar-benar sah. Dan strategi ini mahu melihat setiap waris berselisih pendapat mengenai siapa sultan Sulu yang mutlak.

Dan ia juga secara tidak langsung Inggeris tidak mengkitiraf kesultanan Sulu yang sah. (sumber utusan malaysia)

 

OPS DAULAT Laporan Terkini

 

 

Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Simunul membuat keputusan akan merobohkan sembilan buah rumah termasuk tiga daripadanya yang menjadi lokasi pengganas Sulu menyerang hendap sehingga meragut nyawa enam anggota keselamatan, minggu lalu. Sementara itu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengganas Sulu harus dibicarakan mengikut undang-undang Malaysia kerana telah bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan.

 

 

Lingkaran Naval Blockade yang di buat oleh TLDM dan Polis Marin akan di perkukuhkan lagi dengan kehadiran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang menambah kekuatan anggota dan kapal maritim sehingga 60 peratus di sepanjang perairan pantai timur Sabah

 

Manakala di dalam Red Zone, masih berlaku pertempuran dengan musuh. Walaupun hanya sekali sekala orang awam dan media adalah di larang sama sekali memasuki kawasan Red Zone.
 
 
PAda 10 mac dua anggota PGA kedua-duanya berumur 25 tahun telah mendapat kecederaan. Seorang cedera di paha dan seorang lagi di sebelah kaki kirinya. Mereka yang cedera ini hanya dapat dikeluarkan dari kawasan operasi pada jam 8 pagi tadi dan terus dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan dengan menggunakan helikopter polis diiringi oleh seorang pegawai perubatan ATM.
 
Remaja 12 tahun terbunuh di dalam Red zone. 

Semasa operasi memburu pengganas sedang berlangsung, pasukan penggempur terserempak dengan kumpulan ini terdiri daripada 2 lelaki dan 3 wanita dewasa. Tindakan menangkap mereka telah segera dijalankan. Ketika proses “frisking” dilakukan, tiba-tiba kedengaran bunyi pergerakan dari kawasan belukar yang berhampiran. Menjangkakan serangan hendap musuh secara spontan, pasukan keselamatan telah melepaskan tembakan ke arah belukar tersebut. Pemeriksaan telah dilakukan serta merta dan di dapati dua orang telah terkena tembakan. Seorang berumur dalam lingkungan tiga puluhan tahun telah cedera di kaki dan seorang lagi budak lelaki dipercayai berumur dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun telah meninggal dunia. Selepas dimaklumkan, markas taktikal telah segera menghantar seorang doktor dan Timbalan Perubatan ATM dengan menggunakan kenderaan perisai ke kawasan tersebut.
 


Di dalam kejadian berasingan enam orang di tahan dalam dua operasi berbeza. Mereka kini ditahan untuk disoal siasat di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Security Offences (Special Measures) Act 2012. Mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.
 
 
anggota keselamatan berkawal menjaga keamanan dan keselamatan.
 
 
pasukan penggempur Polis di aturgerak dalam operasi serbuan
 

 
penggeladahan dari rumah ke rumah
 
 
informer musuh yang di tawan

 

 

Published in Berita
Friday, 08 March 2013 12:12

Laporan terkini OPS DAULAT 8 March 2013

Laporan terkini OPS DAULAT 8 March 2013

Sehingga 8 Mac 2013 Pihak keselamatan negara berjaya membuat tangkapan sebanyak 71 orang yang terlibat dengan pencerobohan bersenjata di daerah ini.  Seramai 32 anggota kumpulan penceroboh bersenjata Filipina terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di kawasan 'ground zero' di Tanjung Batu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis percaya antara yang ditembak dalam pertempuran itu ialah seorang ketua kumpulan berpangkat jeneral. Keseluruhan musuh yang ditumpaskan sejak Jumaat lepas ialah 52 orang iaitu melibatkan kejadian di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu serta di Kampung Simunul, Semporna.

 


 

PPMP & WIKI, Gambar ihsan http://live.utusan.com.my dan PDRM/ATM

Published in Berita

PPPM pinjam gambar ini dari blog rakan dan di harap ia dapat memberi pencerahan kepada kekusutan yang di timbulkan oleh Nur Misuari

-=PPPM=-

Published in Berita
Page 1 of 2

Penyataan Penafian/Disclaimer

Moderator Panggilan Pertiwi tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia. Pihak Moderator juga tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana pendapat yang dikeluarkan oleh mana-mana individu atau ahli forum yang secara terang melanggar undang-undang negara, samada berbentuk pembohongan, fitnah mahupun hasutan. Kajian dari pembaca serta forumer terhadap sesuatu isu terlebih dahulu adalah amat digalakkan.