Print
PDF

Sejarah Penubuhan

altSegala-galanya bermula pada bulan september 2009, iaitu semasa umat Islam sedang sibuk mengerjakan ibadah puasa didalam bulan ramadhan.  Ilham untuk mewujudkan sebuah forum yang berkonsepkan patriotik dan militari mula terbit setelah terbaca sebuah topik yang mengulas mengenai kewujudan blog-blog pertahanan tempatan di laman http://militaryofmalaysia.net/. Laman blog milik saudara ShahPaskal ini juga turut diulas didalam majalah pertahanan malaysia, Majalah Tempur keluaran bulan September 2009.

Demi menyahut cabaran dan atas perasaan cintakan negara, maka lahirlah sebuah laman forum yang pada masa itu hanya dikenali dengan nama malaysiamilitary.forumotion.net sebagai sumber alternatif untuk bertukar-tukar pendapat dan perkongsian ilmu sesama warga forum.  Harapan besar forum ini adalah ia akan dapat memeriahkan lagi dunia pertahanan tempatan disamping dapat bergerak seiring bersama forum-forum  atau blog-blog pertahanan yang lain.
 
Laman forum ini telah mula dilancarkan secara rasminya pada 13 September 2009 dan ia telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada pembaca sejak minggu pertama lagi.  Pelbagai idea, kritikan dan pendapat telah dilontarkan oleh warga-warga forum supaya laman forum ini terus kekal dimasa hadapan.  Diantara mereka yang telah banyak memberi buah fikiran yang membina adalah blogger yang tidak asing lagi iaitu ondscene (http://ondscene.my/) dan juga ShahPaskal (http://militaryofmalaysia.net)
 
Sehingga ke hari ini, banyak penambahbaikan telah dilaksanakan, hasil daripada sokongan moral, doa dan juga sumbangan dana daripada warga forum yang tidak berbelah bahagi.
 
Forum ni telah diberikan penjenamaan semula setelah dirasakan nama forum yang terdahulu tidak begitu menepati aspirasi.  Diatas cadangan saudara Laksamana Sunan, laman forum ini kini telah bertukar kepada Panggilan Pertiwi (panggilanpertiwi.forumotion.net).  Beliau adalah merupakan salah seorang diantara warga forum yang terawal sejak penubuhannya dan telah banyak berjasa hinggalah ketika ini.
 
Pada awal tahun 2011, forum ini telah sekali lagi melebarkan sayap apabila telah berjaya memiliki domain sendiri dengan menggunakan alamat http://panggilanpertiwi.my.  Ini adalah langkah peningkatan mutu dan upaya forum agar ia lebih kemas dan lebih stabil seiring dengan misi dan visi forum panggilan pertiwi.  Amat membanggakan apabila kewujudan laman forum ini juga telah diterima baik serta mendapat sokongan daripada kalangan individu yang rata-ratanya dari golongan veteran pasukan keselamatan sendiri.
 
Jadi, kepada warga forum yang setia mengikuti forum ini sejak awal penubuhan lagi, mereka telah melihat evolusi dan transformasi forum ini daripada malaysiamilitary.forumotion.net hinggalah kepada panggilanpertiwi.my  Kepada semua warga baru, selamat datang diucapkan. Kehadiran serta sokongan anda amat dialu-alukan. 
 
Jutaan terima kasih kepada warga forum yang nama mereka tidak disebutkan disini,  Meraka yang telah turut berusaha mempromosi dan membangunkan laman ini secara langsung ataupun tidak.  Oleh itu, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T atas pencapaian dan kejayaan didalam mengharungi perjalanan yang tiada bernoktah ini.  Terima kasih di atas sokongan anda semua.
 
Sekalung Budi dari Mr. Stark (Admin)
 

Analytics

Penyataan Penafian/Disclaimer

Moderator Panggilan Pertiwi tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia. Pihak Moderator juga tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana pendapat yang dikeluarkan oleh mana-mana individu atau ahli forum yang secara terang melanggar undang-undang negara, samada berbentuk pembohongan, fitnah mahupun hasutan. Kajian dari pembaca serta forumer terhadap sesuatu isu terlebih dahulu adalah amat digalakkan.