Home Antarabangsa GRIPEN BAKAL GANTI MIG-29

GRIPEN BAKAL GANTI MIG-29

4677
0
SHARE

 

Dalam perkembangan terbaru, kerajaan Bulgaria yang bersidang menyimpulkan untuk meletakkan SAAB Gripen sebagai pilihan utama melalui satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi meneliti perolehan pesawat tempur terbaru, demikian menurut beberapa laporan berita antarabangsa.

Pada tahun lalu, Parlimen Bulgaria telah meluluskan pelan untuk memperoleh 8 buah pesawat sama ada baru atau terpakai di antara tahun 2018-2020 bagi fasa pertama dengan bajet sekitar $767 juta euro. Fasa kedua akan dilancarkan pada 2022-2023 untuk memperoleh baki 8 lagi pesawat.

Bulgaria yang menyertai NATO pada 2004, kini dalam perancangan untuk membeli pesawat baru yang memenuhi standard piawaian pakatan tersebut, selain mengurangkan kebergantungan kepada pesawat buatan Rusia. Bulgaria dilaporkan telah menangguhkan proses modenisasi tentera udara lebih sedekad lalu.

Sebelum ini, Kementerian Pertahanan Bulgaria telah menerima beberapa tawaran untuk membekalkan pesawat tempur dari Portugal, Itali dan Sweden bagi menggantikan pesawat MIG-29 era Pakatan Warsaw yang telah berusia. Sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk bagi meneliti tawaran-tawaran tersebut.

Portugal menawarkan pesawat F-16 terpakai milik mereka dengan pakej persenjataan dan logistik buatan AS manakala Itali pula menawarkan Eurofighter Typhoon, juga pesawat terpakai. Israel Aerospace Industries (IAI) turut menawarkan lebihan F-16 C/D Block 30, namun Bulgaria memerlukan sistem NATO atau EU.

Gripen dikatakan mendahului saingan kerana mereka menawarkan pesawat baru yang dapat disiapkan dalam tempoh singkat. Saab telah menawarkan Bulgaria Gripen varian C/D dan dijangka akan turut menyediakan versi E sebagai persediaan jika Bulgaria bersetuju untuk menandatangani kontrak. Antara sebab kukuh bagi mereka memilih Sweden adalah dari segi pakej kewangan yang menarik seperti pilihan pajakan dan perjanjian secara offset.

Pesawat Gripen varian C/D (1/2 duduk) memenuhi ciri piawaian NATO dilengkapkan dengan keupayaan dari segi persenjataan, elektronik, dan mampu mengisi minyak ketika penerbangan.