Home Antarabangsa PORT AR TARTUS: PERMATA HATI RUSIA DI TIMUR TENGAH

PORT AR TARTUS: PERMATA HATI RUSIA DI TIMUR TENGAH

211
0
SHARE
Imej Satelit Pelabuhan Ar Tartus yang menempatkan Pengkalan Laut Rusia.

Konflik di Syria telah berlarutan sejak 6 tahun dan baru-baru ini diburukkan dengan serangan berdozen missile ‘bijak’ Tomahawk oleh Uncle Sam akibat serangan gas sarin yang didakwa dilakukan oleh Rejim Assad. Konflik ini kelihatan makin kusut.

Kita lupakan sejenak konflik di Syria yang berlaku saat ini, ayuh kita lihat hati dan perasaan Rusia pada Syria (lupakan juga si Bashar). Kenapa Rusia sangat menyayangi Syria. Sehingga saat ini kita dapat melihat tumpuan yang diberikan Rusia pada Syria boleh mengundang cemburu hati rakan-rakan sekutu mereka. Manakan tidak, segala aset terbaik dihantar khusus untuk pertahan Rejim Assad dari tumbang.

Penulis percaya, Rusia tidak kisah siapa yang memimpin Syria atau bahasa mudah ‘pegi mati’ siapa pemimpin Syria sekarang atau akan datang tapi Rusia sangat peduli tentang satu-satunya permata hati mereka yang tinggal (selepas gelombang Arab Spring) dan permata hati itu adalah paling bermakna dalam jiwa raga Rusia selepas cubaan menganggu gugat Armada Black Sea yang berpengkalan di Sevastopol, Ukraine. Permata itu adalah sebuah pelabuhan bernama Port Ar Tartus.

Di pelabuhan inilah Rusia membuktikan cinta dan sayangnya pada Syria. Di pelabuhan ini Rusia menghantar segala bekalan dari keperluan asas hingga alatan tempur samada secara percuma atau hutang hanya kerana Syria. Rusia telah membuktikan cinta ini sejak zaman Uni Soviet lagi. Bapak kepada Bashar si arwah Hafiz al Assad adalah saksi cinta sayang Rusia ini. Pelabuhan Ar Tartus menjadi simbol kemegahan Armada Laut Rusia tentang penguasaan dan pengaruh mereka di Lautan Mediterranean dan Laut Hitam khususnya dan Timur Tengah amnya.

Selepas gelombang Arab Spring, Rusia kehilangan hampir kesemua pengkalan strategik mereka dan pengaruh mereka mulai dikikis satu persatu. Apabila Arab Spring mulai melanda Syria, Rusia berfikir mereka tidak lagi boleh berdiam diri. Kali ini mereka harus terjun mempertahankan Syria dibawah pimpinan Bashar meskipun Rusia tahu sejauh mana buruk dan lemahnya pemerintahan Rejim Assad mahupun bencana yang bakal berlaku jika perang ini tidak terkawal. Penglibatan kali ini lebih pada mempertahankan Pelabuhan Ar Tartus dan itu menjadi asbab bagi Rusia menempatkan segara angkatan udara di Latakia dari armada jet tempur hingga missile S400 bagi melindungi pengkalan laut mereka.

Pengkalan ini mula dibina pada tahun 1971 oleh Rusia setelah Rusia berundur dari sekutu mereka pada masa itu iaitu Mesir. Pada era Uni Soviet pengkalan laut ini menempatkan Squadron Kelima Mediterranean untuk tujuan baikpulih dan ulang bekal bagi kapal-kapal perang Soviet yang belayar sekitar Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Segala kos pembinaan dan menaiktaraf pengkalan ini ditanggung sepenuhnya oleh Soviet/Rusia.

Sebagai bukti cinta dan sayang Rusia, pada 2007 Rusia dan Syria telah menandatangi persefahaman untuk memanjangkan hutang Syria dari era Uni Soviet lagi yang sebanyak US13 billion. Sebagai timbalbalas Rusia akan diberi kebenaran menaiktaraf pengkalan dimana dikhabarkan mampu menempatkan Kapal Pengangkut Pesawat Kelas Admiral Kuznetsov dari Northern Fleet. Ini pasti mengusarkan Barat terutama blok Nato kerana kemampuan menempatkan Kapal Pengangkut Pesawat seperti Kelas Admiral Kuznetsov akan membuatkan Nato berfikir upaya Rusia untuk mewujudkan satu lagi armada angkatan laut baru di Timur Tengah. Jika benar, Rusia akan menguasai seluruh wilayah Timur Laut Eropah termasuk Selat Bosporos. Ini sesuatu yang tidak boleh diterima oleh Nato terutama ketua mereka – Amerika.

Sedikit sebanyak kita dapat memahami kenapa Syria begitu signifikan pada Rusia. Bagi Rusia mungkin tidak kira apa kos yang terpaksa mereka tanggung Pelabuhan Ar Tartus harus dipertahankan seperti mana mereka lakukan pada pengkalan Armada Laut Hitam di Ukraine sebelum ini. Siapa pun bakal pengganti untuk kerajaan Syria kelak mereka harus terima kehadiran Rusia dibumi Syria. Tapi bagi Bashar, beliau tidak mungkin mahu kehilangan sokongan Rusia apabila beliau pada Januari 2017 telah membuat perjanjian baru dengan Rusia dengan memanjangkan tempoh pajakan pengkalan selama 49 tahun lagi. Bashar sangat terdesak memerlukan Rusia disisi dan Rusia sangat terdesak untuk mempertahankan pengkalan terakhir mereka.

Namun bagi membawa Rusia untuk keluar dari konflik ini mungkin ayat ini bersesuaian untuk untuk mengugurkan sokongan mereka pada Bashar – “Bayar hutang Syria pada kami dan terima kehadiran pengkalan kami seperti didalam perjanjian sebelum ini dan kami akan berundur dari Syria sekarang”.