Home Antarabangsa PELURU BERPANDU TOMAHAWK

PELURU BERPANDU TOMAHAWK

369
0
SHARE

Tomahawk, merupakan sebuah peluru berpandu serangan darat jarak jauh yang mampu dioperasikan dalam semua keadaan cuaca. Tomahawk diperkenalkan pada sekitar 1970-an oleh McDonnell Douglas. Peluru berpandu ini telah mengalami beberapa proses penambahbaikan yang kini dikeluarkan oleh syarikat Raytheon.

Sebagai sebuah peluru berpandu aras rendah jarak jauh, ia boleh dilancarkan dari platform kapal selam dan kapal permukaan sejauh 1,100 km tepat ke arah sasaran. Terdapat beberapa varian Tomahawk menggunakan pelbagai jenis kepala peledak.

Selepas pelancaran, bahan dorong pepejal menggerakkan peluru berpandu sehingga enjin turbofan kecil mengambil alih pelayaran penerbangan. Pengesanan radar ke atas misil ini adalah sukar kerana ia terbang pada ketinggian yang rendah. Pengesanan dalam bentuk inframerah juga sukar kerana enjin turbofan kurang mengeluarkan haba.Tomahawk digunakan untuk menyerang pelbagai sasaran permukaan seperti kompleks pertahanan udara dan komunikasi.

Tomahawk menghala ke arah sasaran menggunakan radar penyesuaian bentuk rupa bumi dan kadar lembapan kontur (TERCOM). Radar TERCOM menggunakan rujukan peta yang disimpan untuk membandingkan dengan rupa bumi yang sebenar untuk menentukan kedudukan peluru berpandu. Jika perlu, pembetulan laluan kemudiannya dibuat untuk menghalakan peluru berpandu ke sasaran.

Terminal panduan di kawasan sasaran disediakan oleh sistem optik Digital Scene Matching Area Correlator (DSMAC), yang membandingkan imej yang disimpan sasaran dengan imej sasaran sebenar.

Varian terkini (Tomahawk Block IV) dilengkapkan dengan teknologi yang membolehkan peluru berpandu dalam penerbangan mengemaskini sasaran yang telah diprogram ke sasaran alternatif, berlegar di kawasan sasaran untuk beberapa waktu sementara menghantar imej dari kamera melalui pautan satelit. Imej ini boleh digunakan untuk menilai kerosakan pertempuran.

Semasa Perang Teluk meletus pada tahun 1991, sejumlah 288 misil Tomahawk telah dilancarkan dari kapal selam dan permukaan. Misil pertama dilancarkan oleh kapal pemusnah USS Paul F. Foster pada 17 Januari 1991 yang kemudiannya diikuti oleh kapal selam USS Pittsburgh dan USS Louisville.

Terbaru, pada 6 April 2017, 59 peluru berpandu Tomahawk telah dilancarkan dari USS Ross (DDG-71) dan USS Porter (DDG-78) yang mensasarkan pangkalan udara di Syria. Serangan yang diluluskan oleh Presiden Donald Trump itu adalah sebagai respon kepada penggunaan senjata kimia ke atas orang awam oleh Presiden Syria, Bashar Al-Assad.

Tentera Laut AS mempunyai simpanan kira-kira 3,450 peluru berpandu Tomahawk dalam pelbagai varian dengan nilai keseluruhan berjumlah kira-kira $2.6 bilion USD. Selain AS, hanya negara UK memperoleh misil ini yang dilengkapkan dalam kapal selam milik Royal Navy.