Home LIMA 2017 PROGRAM NAIK TARAF AVIONIK PESAWAT NURI SIKORSKY S61A-4

PROGRAM NAIK TARAF AVIONIK PESAWAT NURI SIKORSKY S61A-4

215
1
SHARE

Sistem avionik Helikopter Nuri yang telah dinaik taraf

Langkawi 23 Mac 2017 – Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menyaksikan Upacara Penyerahan Pesawat Nuri Sikorsky S61A-4 (program menaiktaraf avionic pesawat Nuri S61A-4) oleh AIROD Sdn Bhd kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Upacara penyerahan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AIROD Sdn Bhd, Mej Jen Ir. Dato’ Ibrahim bin Bahari TUDM (Bersara) kepada Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM.

Program naik taraf (upgrade) Avionik pesawat Nuri S61A-4 adalah kerjasama di antara AIROD Sdn Bhd dan Heli-One Norway. Program naik taraf ini adalah perancangan Kementerian Pertahanan bagi meningkatkan keupayaan penerbangan terutamanya dalam penggunaan peralatan agar pesawat helikopter Nuri ini dapat diaturgerakkan dalam apa jua keadaan.

Sistem avionik pesawat helikopter yang dinaiktaraf ini juga akan dapat menangani masalah keusangan sistem serta berupaya untuk meneruskan pengoperasiannya untuk tempoh 15 tahun lagi.

Melalui kerjasama antara rakan strategic, Industri Pertahanan dan syarikat antarabangsa, projek menaiktaraf sistem avionik helikopter Nuri Sikorsky S61A-4 akan dapat memperkasakan dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan pertahanan ruang angkasa negara.

1 COMMENT

Comments are closed.